Khamis, 21 Disember 2017

Mari kita belajar bahasa al-Quran: 002 -- JANTINA PERKATAAN

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‏


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Nota bahasa Arab al-Quran ini merupakan nota peribadi saya untuk mengulangkaji; sebarang kesilapan mohon tunjuk ajar tuan-tuan. Terima kasih.
Katanama atau Isim (اِسْم) dalam bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis jantina:

  1. Katanama Maskulin (مذكر) menunjukkan jenis lelaki/jantan; contoh:طَالِبٌ = pelajar lelaki.
  2. Katanama Feminin (مؤنث )  menunjukkan jenis perempuan/betina; contoh: طَالِبَةٌ pelajar perempuan. Tanda isim muannath (Feminin) ialah ta' marbutah (ةٌ).
Pada umumnya tiada tanda-tanda yang khusus katanama maskulin. Oleh itu hendaklah dianggap segala nama-nama adalah maskulin kecuali nama-nama yang tergolong ke dalam salah satu perkara-perkara di bawah ini, maka perkataan-perkataan itu adalah feminin (مؤنث).
  1. Perkataan yang maknanya menunjukkan kepada orang perempuan atau haiwan betina.
  2. Katanama yang berakhir dengan  ta' marbutah (ةٌ).
  3. bersambung ...

Perhatian: Ini adalah nota rintisan, akan diperbaiki dari masa ke masa, insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan