Selasa, 12 Disember 2017

Mari kita belajar terjemah al-Quran: 002 -- Surah 1: Al-Fatihah ayat 1



‏‎‏‎اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‏


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Nota bahasa Arab al-Quran ini merupakan nota peribadi saya untuk mengulangkaji; sebarang kesilapan mohon tunjuk ajar tuan-tuan. Terima kasih.

Surah Al Fatihah ayat 1

———————————————
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
———————————————
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Makna lafziyah

‎[بِسْمِ] = dengan nama; terdiri dari 2 perkataan (kalimah) iaitu: بِ = dengan, dan اِسْمٌ = nama.
‎[ٱللَّهِ] = Allah
‎[ٱلرَّحْمَٰنِ] = Maha Pemurah
‎[ٱلرَّحِيمِ] = Maha Penyayang/Mengasihani

Analisis Komponen Kata

[اِسْم] = katanama (Isim). Tanda-tandanya ialah (1) kasrah di akhir kata, (2) menerima huruf jar sebelumnya iaitu بِ
[ٱلرَّحْمَٰنِkatanama (Isim) atau kata sifat, gunakan "yang" dalam terjemahannya: yang direjam. Tanda-tandanya ialah (1) ada alif dan lam, (2) kasrah di akhir kata.
[ٱلرَّحِيمِkatanama (Isim) atau kata sifat, gunakan "yang" dalam terjemahannya: yang direjam. Tanda-tandanya ialah (1) ada alif dan lam, (2) kasrah di akhir kata.

Tafsir oleh Prof. DR. Quraish Shihab

FATIHAH AL-KITAB (PEMBUKA KITAB SUCI)

Pendahuluan: 
Makkiyyah, 7 ayat  

Surat al-Fâtihah ini termasuk kelompok surah Makkiyyah yang turun di Mekah sebelum hijrah. Disebut al-Fâtihah (pembuka), karena letaknya yang berada urutan pertama surah-surah al-Qur'ân. Surat yang pertama diturunkan secara lengkap di antara surah-surah yang ada dalam al-Qur'ân ini merupakan intisari dari seluruh kandungan al-Qur'ân yang kemudian diperinci oleh surah-surah sesudahnya. 

Tema-tema pokok al-Qur'ân--seperti penjelasan tawhid dan keimanan, janji dan khabar gembira bagi orang-orang Mukmin, ancaman dan peringatan bagi orang-orang kafir dan pelaku kejahatan, tentang ibadah, kisah orang-orang yang beruntung karena taat kepada Allah dan sengsara karena mengingkari-Nya--semua itu tercermin secara singkat dalam surah ini. 

Oleh itu, surah ini juga disebut dengan nama Umm al-Kitâb (induk al-Qur'ân).

Surah ini dimulai dengan menyebut nama Allah--satu-satunya Tuhan yang berhak disembah--Yang memiliki seluruh sifat kesempurnaan dan tersucikan dari segala bentuk kekurangan. Dialah Pemilik rahmah (sifat kasih) yang tak habis-habisnya, Yang menganugerahkan segala macam kenikmatan, baik besar mahupun kecil.

KUNCI TERJEMAHAN AL-QURAN (KTQ)

KTQ #1

Isim sifat (kata sifat) ialah Isim yang terjemahannya menggunakan “yang”, menerangkan perkataan (Isim) sebelumnya. Apabila berbilang Isim Sifat, dua atau lebih, hendaklah ditambahkan “lagi” pada yang terakhir, seperti (الرَّحْمنِ الرَّحِيم) susunannya menjadi  “yang pemurah LAGI penyayang.” Ia termasuk isim yang mengikut perkataan sebelumya dari segi baris, jantina, takrīf (ada ٱل ) dan tankīr (tiada ٱل ), mufrad (singular) dan jama’ (plural).


#Quran
#Terjemah
#Tafsir

Perhatian: Ini adalah nota rintisan, akan diperbaiki dari masa ke masa, insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan