Rabu, 13 Disember 2017

Mari kita belajar terjemah al-Quran: 003 -- Surah 1: Al-Fatihah ayat 2

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‏



اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Surah Al Fatihah ayat 2

——————————
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
——————————
Terjemahan
——————————
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

———————————
Terjemahan Lafziyah
———————————
segala puji =  [ٱلْحَمْدُ]
bagi Allah = [لِلَّهِ]
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan = [رَبِّ]
sekalian alam = [ٱلْعَٰلَمِينَ]

———————————
Tafsir Jalalayn
———————————
(ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ = Segala puji bagi Allah) Lafaz ayat ini merupakan ayat berita, dimaksud sebagai ungkapan pujian kepada Allah berikut pengertian yang terkandung di dalamnya, iaitu bahawa Allah Taala adalah yang memiliki semua pujian yang diungkapkan oleh semua hamba-Nya atau makna yang dimaksud ialah bahawa Allah Taala itu adalah Zat yang mesti mereka puji

Lafaz Allah merupakan nama bagi Zat yang berhak untuk disembah.

(Tuhan semesta alam = رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ) ertinya Allah adalah yang memiliki pujian semua makhluk-Nya, iaitu terdiri dari manusia, jin, malaikat, haiwan-haiwan melata dan lain-lainnya. Masing-masing mereka disebut alam iaitu alam manusia, alam jin, dan lain sebagainya.

Lafaz 'al-`aalamiin' [ٱلْعَٰلَمِينَ] merupakan bentuk jamak (plural) dari lafaz '`aalam', [عالم] iaitu dengan tambahan huruf ya dan huruf nun di hujung kata untuk menekankan makhluk berakal/berilmu atas yang lainnya.

Kata _'aalam_ [عالم] berasal dari kata _`alaamah_ (tanda) kerana ia adalah tanda bagi adanya yang menciptakannya.

#Quran
#Terjemah
#Tafsir

Perhatian: Ini adalah nota rintisan, akan diperbaiki dari masa ke masa, insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan