Isnin, 24 April 2017

Mari kita belajar bahasa al-Quran: 001 -- PEMBAHAGIAN PERKATAAN

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‏


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين


Nota bahasa Arab ini merupakan nota peribadi saya untuk mengulangkaji; sebarang kesilapan mohon tunjuk ajar tuan-tuan.

Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran. Tujuan belajar bahasa ini tidak lain adalah untuk membantu kita memahami al-Quran.

Dalam bahasa Arab, perkataan (selanjut disebut "kata" atau "kalimah" =(الْكَلِمَةُ terdiri dari tiga kategori iaitu:
  1. Kata Nama, disebut Isim (لاِسْمُ)
  2. Kata Kerja disebut Fi’I (الْفِعْلُ)
  3. Partikel disebut Haraf (الْحَرْفُ)
Isim (الاسْمُ) adalah kata yang umumnya menunjukkan nama manusia, haiwan, benda atau makna yang abstrak sama ada dalam bentuk mufrad (tunggal), muthannā (duaan) mahupun jamak  (lebih dari dua).

Tanda-tanda Isim
  • Diawali Alif-laam (ال)
  • Berharakat tanwin
  • Berharakat kasrah (baris bawah) 
  • Antara tanda “tanwin” dan “alif lam” tidak boleh berkumpul dalam satu kalimah. Contoh yang betul: اسْمٌ, الاسْمُ, (nama). Contoh yang salah: الاسْمٌ
Contoh-contoh isim
Muhammad مُحَمَّدٌ Khadijah خَدِيْجَةُ
doktor طَبِيْبٌ pokok شَجَرَةٌ
guru مُعَلِّمٌ sekolah مَدْرسَةٌ
buku  كِتَابٌ  kereta السَيَّارَةٌ 

Fi'il (الْفِعْلُadalah kata kerja. Kata kerja dalam bahasa Arab mengandungi unsur masa iaitu masa lalu, sedang dan akan datang.
  • Fiil mādhi (فعل ماض) adalah fi'il yang menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu berlaku sebelum masa penutur mengucapkannnya (telah berlaku). Contohnya : قرأ (Dia telah membaca) جَلَسَ (Dia telah duduk) أَحْضَرَ (Dia telah membawa).
  • Fi'il mudhāri’ (فعل مضارع) adalah fi'il yang menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu berlaku pada masa penutur sedang mengucapkannya (sedang berlaku). Contohnya: يَقْرَأُ (Dia sedang membaca) يَجْلِسُ (Dia sedang duduk) يُحْضِرُ (Dia sedang membawa).
  • Fi'il amr (فعل أمر) adalah fi'il yang digunakan untuk meminta supaya sesuatu perbuatan berlaku selepas masa seseorang penutur mengucapkannya (kata perintah), seperti: اقْرَأْ (Bacalah) اجْلِسْ (Duduklah) أَحْضِرْ (Bawa).
Haraf (الحرف) adalah partikel iaitu yang mengandungi makna bukan pada dirinya, tetapi bergantung kepada komponen kata lain iaitu isim dan fi'il. Haraf tidak mempunyai tanda yang spesifik. Oleh itu dikatakan juga, tanda haraf adalah ia tidak menerima apa-apa pun tanda isim dan fi'il.
  • Haraf jar adalah partikel (katasendi) yang berfungsi mengubah baris isim yang berada selepasnya menjadi majrur. Huruf jar adalah seperti berikut: من dari, daripada, kerana. إلى ke, kepada عن daripada, tentang. على di atas. في di, di dalam, pada. رُبَّ betapa ramai, kadang-kadang. الباء dengan, disebabkan, kata sumpah. الكاف seperti, umpama. الام untuk, kerana. و Kata sumpah التَاء Kata sumpah. الباء Kata sumpah. حتى sehingga حاشا kecuali خلا kecuali عدا kecuali مُذْ sejak, semenjak. منذُ sejak, semenjak.

Rujukan

Datuk Tombak Alam, Sei. H, Metode Menerjemahkan al-Quran 100 Kali Pandai. (1992). Cetakan Kedua. Jakarta: PT Rineka Cipta.

Ishak Mohd. Rejab, Prof. Madya Dr. Kursus Bahasa Arab. (1987).Buku 1 Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Quranic Arabic Corpus. http://corpus.quran.com. Dicapai pada 14 Disember
2017.

Quran Irab. http://quranirab.com.  Dicapai pada 14 Disember
2017.



MOHON MAAF! TULISAN RINTISAN, BELUM SELESAI