السَّلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئآت أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Nota bahasa Arab al-Quran ini merupakan nota peribadi saya untuk mengulangkaji; sebarang kesilapan mohon tunjuk ajar tuan-tuan. Terima kasih.
——————————
أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ
——————————
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terkutuk.
KALIMAH atau bacaan isti’adzah – أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ—tidak ada dalam Al-Quran. Tiada ayat khusus dalam Al-Quran yang mengandungi ayat atau ucapan isti’adzah,
Didalam kitab tafsir Al-Qurtubi, dijelaskan para ulama sepakat, susunan kalimh isti’adzah bukan nas Al-Quran, tetapi hanyalah pelaksanaan dari perintah Alquran tentang keharusan kita berlindung kepada Allah (isti’adzah).
Firman Allah SWT:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Apabila kamu membaca AlQuran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaithan yang direjam (QS. An-Nahl [16]: 98).
Makna lafziyah
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
[أَعُوذ] = aku berlindung
[بِ] = dengan
[الله] = Allah
[مِنْ] = daripada
[الشَيطاَن] = syaitan
[الرَجِيْم] = yang direjam (terkutuk)
Analisis Komponen Kata
[أَعُوذ] : Katakerja kalakini/kaladepan (Fi'il Mudhori')
[بِ] = Partikel/katasendi (haraf jar جر) berfungsi mengkasrahkan isim selepasnya.
[الله] = Lafaz Jalalah katanama (Isim)
[مِنْ] = Partikel/katatugas (haraf jar)
[الشَيطاَن] = katanama (Isim). Tanda-tandanya ialah (1) ada alif dan lam, (2) kasrah di akhir kata, (3) menerima huruf jar sebelumnya.
[الرَجِيْم] = katanama (Isim) atau kata sifat, gunakan "yang" dalam terjemahannya: yang direjam. Tanda-tandanya ialah (1) ada alif dan lam, (2) kasrah di akhir kata.
Keterangan
- Isim (katanama) adalah kata yang menunjukkan makna pada dirinya sendiri sebagai tanda bagi manusia, haiwan, benda atau makna yang abstrak sama ada dalam bentuk mufrad (tunggal), muthannā (duaan) mahupun jamak. Kata nama dalam bahasa Arab tidak terikat dengan maksud masa, sama ada mādhi (masa lampau), mudhāri’ (sekarang) atau mustaqbal (masa akan datang). Contoh isim: مُعَلِّمٌ (guru), كِتَابٌ (buku), حِصان (kuda), شَجَرَةٌ (pokok) dan sebagainya.
- Tanda-tanda Isim ialah menerima huruf jar: Isim menerima hukum jar sama ada disebabkan huruf jar ataupun idhāfah (katamajmuk), seperti: (على الشجرةِ – غُصْنُ الشَّجَرَةِ). Antara tanda isim adalah ia boleh disandarkan kepada isim yang lain, contohnya : بَيتُ الإستاذِ yang bermaksud: Rumah ustaz. Maka بَيتُ dalam frasa ini adalah isim kerana ia boleh disandarkan kepada isim yang lain. Fill adan harf tidak boleh disandarkan kepada isim.Fiil mādhi adalah fi'il yang menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu berlaku sebelum masa penutur mengucapkannnya (telah berlaku). Contohnya : قرأ (Dia telah membaca) جَلَسَ (Dia telah duduk) أَحْضَرَ (Dia telah membawa).
- Fi'il adalah kata kerja. Kata kerja dalam bahasa Arab mengandungi unsur masa iaitu masa lalu, sedang dan akan datang.
- Fiil mādhi (فعل ماض) adalah fi'il yang menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu berlaku sebelum masa penutur mengucapkannnya (telah berlaku). Contohnya : قرأ (Dia telah membaca) جَلَسَ (Dia telah duduk) أَحْضَرَ (Dia telah membawa).
- Fi'il mudhāri’ (فعل مضارع) adalah fi'il yang menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu berlaku pada masa penutur sedang mengucapkannya (sedang berlaku). Contohnya: يَقْرَأُ (Dia sedang membaca) يَجْلِسُ (Dia sedang duduk) يُحْضِرُ (Dia sedang membawa).
- Fi'il amr (فعل أمر) adalah fi'il yang digunakan untuk meminta supaya sesuatu perbuatan berlaku selepas masa seseorang penutur mengucapkannya (kata perintah), seperti: اقْرَأْ (Bacalah) اجْلِسْ (Duduklah) أَحْضِرْ (Bawa).
- Haraf (الحرف) adalah partikel iaitu yang mengandungi makna bukan pada dirinya, tetapi bergantung kepada komponen kata lain iaitu isim dan fi'il. Haraf tidak mempunyai tanda yang spesifik. Oleh itu dikatakan juga, tanda haraf adalah ia tidak menerima apa-apa pun tanda isim dan fi'il.
- Haraf jar adalah partikel (katasendi) yang berfungsi mengubah baris isim yang berada selepasnya menjadi majrur. Huruf jar adalah seperti berikut: من dari, daripada, kerana. إلى ke, kepada عن daripada, tentang. على di atas. في di, di dalam, pada. رُبَّ betapa ramai, kadang-kadang. الباء dengan, disebabkan, kata sumpah. الكاف seperti, umpama. الام untuk, kerana. و Kata sumpah التَاء Kata sumpah. الباء Kata sumpah. حتى sehingga حاشا kecuali خلا kecuali عدا kecuali مُذْ sejak, semenjak. منذُ sejak, semenjak.
Banyak kata sifat dalam al-Quran. Isim sifat (kata sifat) ialah Isim yang terjemahannya menggunakan “yang”, menerangkan perkataan (Isim) sebelumnya. Apabila berbilang Isim Sifat, dua atau lebih, hendaklah ditambahkan “lagi” pada yang terakhir, seperti (الرَّحْمنِ الرَّحِيم) susunannya menjadi “yang pemurah LAGI penyayang.”
Rujukan
Datuk Tombak Alam, Sei. H, Metode Menerjemahkan al-Quran 100 Kali Pandai. (1992). Cetakan Kedua. Jakarta: PT Rineka Cipta.
Ishak Mohd. Rejab, Prof. Madya Dr. Kursus Bahasa Arab. (1987).Buku 1 Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Quranic Arabic Corpus. http://corpus.quran.com. Dicapai pada 14 Disember
2017.
Quran Irab. http://quranirab.com. Dicapai pada 14 Disember
2017.
Ishak Mohd. Rejab, Prof. Madya Dr. Kursus Bahasa Arab. (1987).Buku 1 Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Quranic Arabic Corpus. http://corpus.quran.com. Dicapai pada 14 Disember
2017.
Quran Irab. http://quranirab.com. Dicapai pada 14 Disember
2017.
#Quran
#Terjemah
#Tafsir
Perhatian: Ini adalah nota rintisan, akan diperbaiki dari masa ke masa, insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan